Mukadimah
Hello,
Pertama sekali saya ingin perkenalkan diri bahawasanya saya bukannya siapa-siapa. Bukan ahli Teologi yang pakar dalam Alkitab (Bible) juga bukannya perwakilan dari mana-mana mazhab agama Kristian hatta Roman Katolik mahupun Protestan. Dengan pemberitahuan ini diharap para pembaca (jika ada) dapat memaafkan jika pendapat yang saya lontarkan kelak agak dangkal di mata saudara saudari sekalian. Dan segala pembetulan yang tidak memberatkan ke arah mana-mana mazhab Kristian adalah dialu-alukan.
Keduanya, penulisan dalam blog ini 90% adalah dalam bahasa Melayu/Malaysia. Bukan kerana penulis adalah orang Melayu jauh sekali untuk menarik pembaca berbangsa Melayu untuk tujuan murt@d tetapi kerana penulis ngakk bisa bahasa Inggeris!!! LOL! Dan sejujurnya penulis ialah seorang berbangsa Bumiputera (Bukan Sub-Melayu) Sabah yang amat bangga menjadi warganegara Malaysia dan lebih selesa menulis dalam bahasa Melayu Malaysia. BTW Bahasa Melayu SPM dan STPM saya A okaaaayyyy! *Mode Riak Sekejap*.
Pasal bahasa ini memang saya kena tekankan siap-siap di post pengenalan sebab tak nak ada salah faham dari mana-mana pihak. Jika direnung, beberapa tahun yang lalu ada sesetengah pihak yang menjadikan Bible versi Bahasa Melayu sebagai isu negara kerana risau akidah orang Muslim khususnya di Malaysia terjejas apabila membaca. Oleh yang demikian, saya rasa benda ini amat serius dan tak nak sebarang kemudaratan akan timbul di kemudian hari. So, kepada sahabat-sahabat berbangsa Melayu (Mengikut Perlembagaan Malaysia) yang tersinggah ke blog ini dengan rendah hati saya mohon untuk tidak meneruskan pembacaan kerana mengandungi isi ajaran kitab Taurat/Alkitab/Bible yang menjadi panduan umat Kristian.
Tujuan penulisan di blog ini juga hanyalah berkongsi hasil pembacaan Alkitab semata dan sama sekali tidak bertujuan untuk mengecil-ngecilkan serta memperlekehkan agama-agama serta kepercayaan lain termasuk individu yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan (ateis). Semoga iman yang tumbuh dalam diri kita lebih banyak menyebarkan kasih sayang dalam menghormati pendirian individu lain. Kerana Tuhan itu Kasih. Hallelujah.
Sekian. Terima Kasih.
Comments
Post a Comment