SKOP

Skop ulasan ayat Alkitab yang ditekankan dalam blog ini cuma merangkumi Berita Baik yang terdapat pada empat bahagian pertama yang ada pada Perjanjian Baru iaitu; Matius, Markus, Lukas dan Yohanes.

Kenapa hanya empat?

Pertama, kerana keempat-empat tulisan tersebut menceritakan tentang peristiwa Yesus semasa berada di bumi. Dan melalui keempat-empat tulisan ini saya akan dapat menghayati dan mendalami sifat dan karakter Yesus yang sesungguhnya.  

Dalam erti kata lain, ianya adalah pilihan peribadi saya semata. Bukan bermaksud saya menganggap tulisan-tulisan lain tidak penting! Kesemua lembar yang dalam Alkitab itu adalah pelita sesungguhnya yang menerangi langkah umat Kristian selama berada di dunia. Tiada satu pun yang lebih penting atau kurang penting! 

Tapi ya, berbalik apa yang saya katakakan tadi, saya hanya mengikut gerak hati. Saya merasa empat tulisan tersebut dapat menjelaskan saya tentang sifat Yesus maka dengan itu saya jadikan empat tulisan tersebut sebagai fokus perbincangan untuk keseluruhan blog ini. 

Dan sekali lagi saya ingin tegaskan, saya cuma umat biasa yang tiada latar belakang pendidikan dalam bidang Teologi. Jadi mungkin, point of view saya terhadap ayat-ayat Alkitab agak cetek akibat keterbatasan saya mengenai ilmu Teologi. Namun saya sedaya upaya untuk mempelbagaikan sumber rujukan luar terutamanya dari segi pembacaan agar mendapat pemahaman seutuhnya. Pada masa yang sama saya juga amat terbuka dengan pendapat ataupun komen, kerana input seperti itulah yang menjadikan perbincangan ayat-ayat Alkitab menjadi lebih menarik. 

Sekian.

Semoga berkat Tuhan Yesus melimpahi kita semua. Amen.

Comments

Popular posts from this blog

Matius : Kata Pengantar