Posts

Matius : Kata Pengantar

 Kitab Matius mengisahkan Berita Baik bahawa Yesus ialah Penyelamat yang dijanjikan Allah. Melalui Yesus, Allah menepati apa yang dijanjikan-Nya kepada umat-Nya di dalam Perjanjian Lama. Walaupun Yesus dibesarkan sebagai Yahudi, tetapi Berita Baik ini bukanlah untuk orang Yahudi sahaja, melainkan untuk seluruh dunia. Kitab Matius disusun dengan teratur. Kitab ini bermula dengan kelahiran Yesus, lalu diikuti oleh baptisan dan godaan yang dialami-Nya, serta apa yang dilakukan-Nya di Galilea. Di sana Dia berkhutbah, mengajar dan menyembuhkan orang. Setelah itu kitab Matius mengisahkan perjalanan Yesus dari Galilea ke Yerusalem, peristiwa-peristiwa terakhir dalam kehidupan Yesus dan mencapai puncaknya dengan kematian dan kebangkitan-Nya. Kitab Matius memperlihatkan Yesus sebagai Guru yang Agung. Dengan penuh kewibawaan Yesus mentafsirkan Taurat Allah, dan dia juga mengajar tentang pemerintahan Allah. Kebanyakan ajaran Yesus dapat dikelompokkan kepada lima bahagian menurut tajuknya; ...

SKOP

Skop ulasan ayat Alkitab yang ditekankan dalam blog ini cuma merangkumi Berita Baik yang terdapat pada empat bahagian pertama yang ada pada Perjanjian Baru iaitu; Matius, Markus, Lukas dan Yohanes. Kenapa hanya empat? Pertama, kerana keempat-empat tulisan tersebut menceritakan tentang peristiwa Yesus semasa berada di bumi. Dan melalui keempat-empat tulisan ini saya akan dapat menghayati dan mendalami sifat dan karakter Yesus yang sesungguhnya.   Dalam erti kata lain, ianya adalah pilihan peribadi saya semata. Bukan bermaksud saya menganggap tulisan-tulisan lain tidak penting! Kesemua lembar yang dalam Alkitab itu adalah pelita sesungguhnya yang menerangi langkah umat Kristian selama berada di dunia. Tiada satu pun yang lebih penting atau kurang penting!  Tapi ya, berbalik apa yang saya katakakan tadi, saya hanya mengikut gerak hati. Saya merasa empat tulisan tersebut dapat menjelaskan saya tentang sifat Yesus maka dengan itu saya jadikan empat tulisan tersebut sebagai fok...

Mukadimah

Hello, Pertama sekali saya ingin perkenalkan diri bahawasanya saya bukannya siapa-siapa. Bukan ahli Teologi yang pakar dalam Alkitab (Bible) juga bukannya perwakilan dari mana-mana mazhab agama Kristian hatta Roman Katolik mahupun Protestan. Dengan pemberitahuan ini diharap para pembaca (jika ada) dapat memaafkan jika pendapat yang saya lontarkan kelak agak dangkal di mata saudara saudari sekalian. Dan segala pembetulan yang tidak memberatkan ke arah mana-mana mazhab Kristian adalah dialu-alukan. Keduanya, penulisan dalam blog ini 90% adalah dalam bahasa Melayu/Malaysia. Bukan kerana penulis adalah orang Melayu jauh sekali untuk menarik pembaca berbangsa Melayu untuk tujuan murt@d tetapi kerana penulis ngakk bisa bahasa Inggeris!!! LOL! Dan sejujurnya penulis ialah seorang berbangsa Bumiputera (Bukan Sub-Melayu) Sabah  yang amat bangga menjadi warganegara Malaysia dan lebih selesa menulis dalam bahasa Melayu Malaysia. BTW Bahasa Melayu SPM dan STPM saya A okaaaayyyy! *Mode Riak Sek...